As salam.
Saya dan kaunter informasi memang sukar untuk dipisahkan. Yes, information counter kata orang putih, segala macam pertanyaan atau pun kemusykilan, boleh jer nak tanya kat saya, antara saya tahu nak menjawab atau pun saya tak koser nak menjawab, ahaha.
Saya pun tak tahu kenapa dia orang suka refer kat saya, mungkin muka saya nampak macam serba tahu atau pun ayat best dia, muka yang bijak, so segala persoalan boleh diselesaikan oleh saya, sesiapa yang sedang loya tu, maksudnya ada simptom pendengki dalam diri dia, muahaha.
Lepas ni, saya nak ada ruang sebijik macam kat atas ni, sesiapa nak jumpa saya, boleh aje, tapi sila ambil nombor dulu, masalah mudah kena bagi last, masalah kronik mesti jumpa dulu, wahhh gitu. Walau apa jua masalah yang kawan-kawan kongsikan dengan saya, saya selalu suka ambil pendekatan dengan lebih banyak mendengar dari mengeluarkan pendapat terlebih dahulu, sebabnya, mudah sahaja, kalau A selalu kata B tak semenggah, mesti ada sebab kenapa B selalu menjadi tak semenggah, senang je teorinya kan.
Contoh termudah yang saya boleh bagi : kalau Amy selalu cerita kat saya yang suaminya tak betah duduk di rumah, ada je alasan yang suami dia bagi untuk keluar rumah, balik kerja sekejap, tukar baju, nanti keluar balik, bila anak-anak dah tidur baru nampak kelibat suami, hahh begitulah selalunya citer Amy pada saya. As a friend, jangan sesekali join membuatkan Amy pening kepala dengan mengatakan, entah-entah Amy, suami awak ada perempuan lain kat luar tak, mesti dia ada benda yang nak dibuat, sebab tu lah selalu takde kat rumah, no no no, jangan jadi tukang penyedap cerita ok, not good !
Saya selalu ambil pendekatan macam ni, bila Amy bercerita tentang masalah suami yang selalu takde kat rumah tu, saya akan tanya semula pada Amy, awak ada bincang dengan suami tak ? Pernah tanya dia kenapa selalu nak keluar ? Macam saya, sebab saya kenal sikap Amy macam mana, so sedikit sebanyak saya boleh tahu kenapa suami dia tak betah duduk di rumah, saya bolehlah bagi sedikit pandangan untuk Amy, ada orang lelaki ni spesis yang tak suka rumah bersepah tapi dia sendiri pun tak nak menolong, jadi nak buat macam mana, kalau dah suratan takdir dapat suami macam tu, nak tak nak, kita kena kemaskan rumah tu sebelum dia balik.
Kalau dia tak suka rumah bersepah, dah tahu timing dia selalu balik rumah pukul berapa, pastikan keadaan rumah dah senonoh, baru lah berbunga hati suami tu, kena mengalah je kita sebagai isteri ni, dah selamat nikah baru nak tahu peel sebenar, acaner ? takkan nak hantar suami balik rumah mak bapak dia pulak, kenalah hadap situasi tu dengan ikhlas, saya percaya, mula-mula kita buat dengan terpaksa, lama-lama kita akan jadi redha, samalah macam situasi saya, dari mula kahwin tak pandai masak, dapat suami yang tak suka beli makanan kat luar, nak tak nak, kena lah belajar memasak, dari mula, sakit-sakit hati sebab tak boleh beli lauk pauk kat luar, lama-kelamaan jadi syok pulak masak-memasak, pengakuan ikhlas ni tau.
Ni baru satu contoh je saya bagi, pendek kata, walau apa pun masalah yang kita dengar, pastikan jangan dengar dari sebelah pihak aje, mesti dapatkan penjelasan dari pihak satu lagi, baru kita akan tahu cerita sebenar dan boleh bagi pandangan dari kita pandai-pandai jatuhkan hukum kat orang lain.
Sekian dari saya yang feeling-feeling nak jadi kaunselor, muahaha.